>


Join us here
Free advertising

nuffnang ads

TAXI RIDE BY DOLL TGS.2 ROUND RM10 FREE STICKER TGS MOTO

TAXI RIDE BY DOLL TGS.2 ROUND RM10 FREE STICKER TGS MOTO

DOLL TGS DRIFTER

DOLL TGS DRIFTER

Thursday, July 22, 2010

Teknik2 Asas Drift : The Art of Oversteer



.

Drifting ..!!

Rasanya skang ni mmg ramai yg berminat pasal aktiviti kereta drift yg semakin sihat menular di Malaysia ni. Ada sesetgh pihak yg sanggup belanja besar utk involve dlm sukan drift. Apapun, sebelum bergiat aktif korg perlu ada kereta yg sesuai, modifications yg menepati keperluan drifting, pelajari teknik2 & yg paling pnting ialah tayar spare yg byk.. Hahahahahahaha….!!!

.

Drifting ni boleh dikatakan satu teknik pemanduan yg btul2 refer kpd teknik kawalan kereta dl kelajuan yg agak tinggi ketika membelok atau memasuki selekoh samada selekoh tajam atau selekoh biasa. Tapi kebanyakan org di Malaysia yg involve dlm sukan drift, diorg lebih suka main kat dlm terk atau drift ring yg disediakan. Tak macam kat Jepun, diorg lebih suka try jalan2 bukit or jalan biasa yg mmg x terjamin keselamatan diorg…!! Sbb tu org Jepun lebih terer sbb diorg sentiasa improve skills kat tempat berbeza, keadaan yg berbeza & teknik yg berbeza..!!

Kebiasaannya, kereta drift yg sesuai digunakan mestilah light-moderate weight & rear wheel drive. Kereta yg popular digunakan spt Silvia / 180SX, AE86, RX-7, A31 Cefiro, C33 Laurel, Skyline, MZ20, Corolla & Converted Datsun. Kebanyakan yg kita boleh nampak kat Malaysia ni, kereta Toyota & Nissan yg lama dan telah diubahsuai.

.

Teknik2 Drifting

Now, aku just nk kongsi ttg apa yg aku tau pasal teknik2 drift. Serba sedikit mgkin korg boleh experience sendiri nanti pakai kereta korg sendiri gak laa…!! Hehehehehe….

Hari tu aku dah try pakai kereta company & berpusing hampir masuk lombong..!!! Hahahahaha…. Aku dah terlajak sbb dah overspeed kat jalan berpasir pastu kereta pun sliding sampai ke tepi jalan. Masa tu aku ada field works kat Dengkil, kawasan lombong pasir plak tu aku tgh boring nak gi site yg jauh ke dlm. Aku pun cuba buat apa yg aku tau, seronok & berdebar2 sbb aku dpt buat 2-3 kali gak tp bukan jenis Long-Slide Drift sbb aku buat E-Brake Drift.

Teknik drifting ada mcm2 sebenarnya bergantung kpd jenis kereta, keadaan jalan & cornering yg korg nak buat.

.



Kansei Drift merupakan teknik drift bg kereta yg berkuasa tinggi ketika memasuki selekoh, time ni korg kena balance kan antara throtlle & clutch sbb kena bagi kereta slide dgn sendirinya tanpa brek or tukar gear..!! So, kereta akan lose tractions pastu balance sendiri sbb tu kereta kuasa tinggi jek yg mampu initiate skill drift ni.

.

Braking Drift plak boleh dibuat masa dah nak masuk corner , korg kena brek spy kereta loss grip pastu kena balance steering & minyak utk masuk corner. Sesuai buat skill drift ni utk corner yg kecik & pendek dgn kereta yg berkuasa rendah.

.

Faint Drift ni jenis drift yg sesuai utk rally & jalan berpasir di mana korg kena bawak dgn kelajuan yg agak tinggi hingga out-of-corner pastu membelok utk masuk line cornering blk. Kira mcm korg lajakkan kereta tu pastu immediately masuk corner.

.

Clutch-Kick Drift hanya boleh digunakan utk kereta jenis RR dgn menekan clutch ketika nak masuk corner biasa di mana kereta akan lose tractions ketika melepaskan clutch yg akan menghasilkan anjakan & korg kena tekan minyak mengikut kesesuaian.

Shift-Lock Drift ni lebih kurang mcm braking drift cuma drift ni lebih sesuai bg kereta yg xde LSD (Limited Slip Differential) spy x menghilangkan momentum kereta sbb bg kereta yg xde LSD , bila korg dah tekan brek momentum kereta akan berkurang.. So, korg kena drop gear utk dptkan pick-up dan ini akan mengambil masa utk menukar gear. Lebih baik guna skill ni dgn tukar kpd gear rendah ketika nak masuk corner, bila dah masuk corner lepaskan clutch & tekan minyak. Ini akan membuatkan kereta oversteer & korg kontrol laa stering.

.



.

Long-Slide Drift merupakan skill drifting yg paling best utk dilihat sbb kena menggunakan kereta yg berkuasa tinggi drpd jalan lurus utk masuk corner yg tajam. Korg bygkan drpd jalan lurus pun korg kena start drifting utk dptkan side yg cantik utk masuk corner yg tajam. Selalunya kereta Skyline yg selalu buat skill ni sbb enjinnya berkuasa tinggi & dimension kereta yg besar, korg kena buat lajakan dari awal spy x terlambat utk keluar corner.

.

FF Drift atau front wheel drive drift adalah satu teknik yg mana e-brake, kawalan stering & kawalan minyak sgt2 diperlukan ketika membuat drift. X ramai org suka buat drift pakai kereta FF sbb susah nak buat drift & susah nak mengawalnya. Kalo jadi pun, mesti setakat drift yg pendek..!!

Kesimpulannya, mcm2 skill drift yg ada mengikut kesesuaian jalan & kemampuan kereta bergantung kpd kebijaksanaan pemanduan korg sendiri. Secara asasnya, korg kena modified serba sedikit kereta korg spt penggunaan LSD yg ketat utk cengkaman clutch yg agresif ketika menukar gear, ratio gear yg lebih dekat, suspension yg reliable termasuk strut bar & rear camber, bucket seat spy korg x terhuyung-hayang kat dlm kereta dan korg kena pakai rim yg lebar.

.

.



.

.

Selamat Mencuba…!!! =D

No comments:

Post a Comment

WIDGET

gua blog.com

moto drift

t.djan drifter

TEKNIK DRIFT DARI JEPUN

polis vs drifter giler

bmw 325 turbo drift

excdent drift

mustang gt vs ae86

jepun drifter terbaik

drift from malaysia

CARA BUAT DONAT

gadis track

drift terbaik

drift terbaik

drift terbaik

drift terbaik

drift terbaik

drift terbaik

drift terbaik

samsung galaxys

Peranti yang dilabelkan dibawah keluarga peranti untuk mengakses internet ini memfokuskan kepada memudahkan para pengguna memainkan video dan audio, selain pada masa yang sama mengakses pelbagai aplikasi dan juga melayari internet dengan mudah.

Seperti telefon pintar mereka, ia turut menggunakan Android, dan dijana menggunakan Android Gingerbread padanya. Cuma berbeza daripada telefon pintar mereka adalah ia tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan. Namun, perkara ini mungkin boleh diatasi dengan aplikasi seperti Skype, Google+ Hangout+, ataupun aplikasi yang dibangunkan tempatan seperti YesLife dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin seluas 4.2-inci WVGA TFT, cip pemprosesan 1.0GHz, kamera 2-megapixel. Ia turut didatangkan dengan kandungan tambahan daripada EA, iaitu permainan eksklusif untuknya.

Apabila ditanya berkenaan bilakah Galaxy S WiFi akan tiba ke Malaysia, Samsung mengatakan mereka mensasarkan pada suku tahun kedua. Namun ia masih lagi pada peringkat perbincangan awal, dan mungkin tarikh tersebut akan berubah kelak.

]]>

angry birds

Angry Birds telah menjadi salah satu permainan yang dikenali hampir semua pengguna peranti pintar seluruh dunia, dan ada yang telah bosan dengannya. Namun, untuk menarik kembali semua pemain, baru dan lama, kini Rovio berusaha mempromosikan sepenuhnya permainan terbaru mereka yang akan dilancarkan pada minggu hadapan, Angry Birds Space.

Setelah beberapa video promosi berkenaan dengan Angry Birds : Space dikeluarkan oleh mereka, hari ini, Rovio memuat-naik video baru ke laman YouTube mereka, mempromosikan watak burung berwarna merah, disamping memperlihatkan permainan ringkas pada Angry Birds : Space.

Melalui Angry Birds : Space, Rovio membawakan permainan baru yang dipengaruhi graviti, dan disasarkan untuk menetapkan sebuah standard permainan baru. Ia bakal dilancarkan secara rasminya pada 22 Mac kelak, selain turut membawakan kandungan eksklusif bersama pihak Samsung, melalui Galaxy Note.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...