>


Join us here
Free advertising

nuffnang ads

TAXI RIDE BY DOLL TGS.2 ROUND RM10 FREE STICKER TGS MOTO

TAXI RIDE BY DOLL TGS.2 ROUND RM10 FREE STICKER TGS MOTO

DOLL TGS DRIFTER

DOLL TGS DRIFTER

Sunday, March 18, 2012

sifu drift doll tgs

doll tgs spa xknl beliau di kalangan drifter2 di speed city kl.beliau ni mmg kaki drift kalo kt kg semua kreta dia nk drift kn.jgn kate kereta dia drift basikal pon dia drift hahaha....dia ni mmg sorg yg sempoi la aku tgk.sorg yg mudah tersenyum.mmg sempoi la dia ni....beliau ni kalo kt speed city kl ada ranking jgk la tpi xpasti yg ke brapa.tpi beliau mmg terbaik jgk dlm dunia permotaran drift ni.fight ngn t.dijan tan tat wey tpi bkn dgn aku.aku lebih hebat dri dia....tpi hebat kt playstion jer bkn dlm drift sebenar hahahaha.....kalo korg nk tau beliau ni hebat x hebat tgok la sndri aksi beliau kt speed city kl setiap mlm minggu.kalo nk rsa lg kehebatan beliau drift byar jer rm10 2 round kte duduk sblah pgg pintu kereta takut tercmpak keluaw haahahaha......ko mmg sempoi la doll..peace yaww!!!!

playstion permainan game

permainan game yg sgt menghayal kan.xkire yg tua atau yg muda.menjdi tren masyarakat skang xkre peringkat umo.dri pukul 10mlm tdi smpai skang xhbs lg budak umh aku main bnda ala ni.adoiyai tpi mmg best pon kalo da dpat pgg benda ni.lupa sgala2 nyer.mkn pon lupa hukk2.....da dpat main mgalah kan budak kecik bukan main lg....syok jgk la.korg ada jom join kite org msti sronok hahahahaha......

ciri-ciri myvi

Perodua Myvi ialah model kereta hatchback supermini/subpadat buatan pengilang kereta Malaysia, Perodua sejak tahun 2005. Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu. Myvi merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2010 di Malaysia
ciri-ciri kereta proton saga flx-

Proton sebagai pengeluar kereta nasional Malaysia telah melancarkan kereta terbarunya iaitu Proton Saga FLX yang mula menemui pengguna pada 25 Julai yang lalu. Proton Saga FLX ini menggunakan teknologi Continuously Variable Transmission (CVT) menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L yang pastinya akan memberikan penjimatan dalam penggunaan bahan bakar (Minyak) serta memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik kepada pemandu kereta ini. Disamping itu, Saga FLX ini juga dapat memberikan putaran enjin yang cekap dan terbaik denagn Rotation Per Minute (rpm) yang cekap yang pernah dihasilkan oleh syarikat Proton. Purata harga bagi Saga FLX ini adalah diantara RM 38,598 hingga RM 44,998 dan sudah pasti kereta ini mampu dimiliki oleh rakyat malaysia kerana ia sangat berpatutan dan berbaloi untuk dibeli.

Proton selaku pengeluar kereta nasional sudah pastinya akan memberikan keselesaan kepada pemandunya. Oleh itu, Proton Saga FLX telah dihadirkan dengan dua model iaitu FLX 1.3 Standard dan juga FLX 1.3 Executive. Proton Saga FLX ini juga mempunyai gear manual dan CVT bagi memberikan pilihan terbaik kepada pemandu untuk memilihnya. Proton Saga FLX ini tampil dengan 5 jenis warna iaitu Solid White, Tranquality Black, Genetic Silver, Blue Rock dan warna terkini dari proton iaitu Elegant Brown. Saga FLX ini mempunyai teknologi canggih iaitu Continuously Variable Transmission (CVT). CVT ini adalah merupakan satu teknologi putaran awal (Torque) pada gear yang akan memberikan kuasa terbaik kepada enjin dan penukuran gear yang lembut serta menjimatkan minyak kereta. Ia juga mesra alam kerana penggunaan minyak yang kurang serba sedikit membantu meningkatkan prestasi Proton Saga FLX.

SERBA SEDIKIT ASAL USUL DRIFT

DRIFT merujuk kepada sejenis teknik memandu dan sukan bermotor dengan pemandunya sengaja mengambil selekoh dengan laju hingga hilang cengkaman pada tayar sambil mengekalkan kawalan kereta.

Sebelum menjadi popular, sukan itu mulanya hanya terkenal dalam perlumbaan All Japan Touring Car Championship lebih 30 tahun lalu dengan Kunimitsu Takahashi adalah pengasas teknik drift utama sekitar 1970-an dan mula berkembang ke seluruh dunia selepas itu.


Sukan itu turut menarik minat sekumpulan anak muda yang sebelum ini bermain drift di jalanan secara haram dan pernah melalui pengalaman pahit ditahan pihak berkuasa selain turut melarikan diri dari beberapa sekatan jalan raya

myMetro | ‘Tanggung’ dosa ibu

myMetro | ‘Tanggung’ dosa ibu

PUNCA LUMBA HARAM

Meningkatnya gejala lumba haram adalah berpunca daripada faktor-faktor berikut:-

  • Pengaruh rakan sebaya.
  • Filem atau drama lumba haram seperti KL Menjerit, Initial D dan siri filem The Fast and the Furious. Walaupun penerbit filem-filem tersebut telah meletakkan amaran agar tidak meniru aksi-aksi lumba haram di dalam filem mereka, namun ramai pelumba haram yang tidak mengendahkan amaran tersebut.
  • Novel, cerpen atau komik seperti siri manga Initial D dan Wangan Midnight.
  • Majalah kenderaan ubahsuai.
  • Permainan video seperti Need for Speed: Underground dan Need for Speed: Most Wanted. Sesetengah judul seperti Need for Speed: Most Wanted turut mengundang kontroversi apabila ia turut menggalakkan pemain memusnahkan kereta polis untuk mendapatkan mata pencapaian.
  • Kos untuk mengadakan perlumbaan sah di litar lumba seperti Litar Sepang adalah mahal berbanding lumba haram yang hanya memerlukan wang pertaruhan, duit minyak dan bayaran tol lebuhraya (jika ada).
  • Penganjur yang menyediakan hadiah-hadiah, yang terdiri daripada kalangan bookie yang membuat keuntungan dari pertaruhan lumba haram tersebut.

UBAH SUAI KENDERAAN YG DILARANG

Ubahsuai kenderaan yang dilarang

Kenderaan yang terlibat dalam lumba haram sering melakukan pengubahsuaian terhadap kenderaan mereka, di mana kebanyakannya adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang jalan raya.

Antara ubahsuai kenderaan yang dilarang termasuklah:-

jenis perlumbaan haram

Jenis perlumbaan haram

  • Perlumbaan drag - Di dalam perlumbaan drag yang sah, pelumba akan berlumba pecut di kawasan lurusan di litar lumba, tetapi dalam lumba haram drag pula pelumba haram akan memilih satu kawasan jalan raya yang lurus dan kurang kenderaan dan seterusnya berlumba pecut di situ.
  • Perlumbaan litar/sprint - Pelumba haram akan menentukan laluan perlumbaan sebelum perlumbaan bermula dan seterusnya berlumba di laluan tersebut.
  • Perlumbaan lebuhraya - Pelumba haram memilih kawasan lebuhraya untuk berlumba. Kawasan lebuhraya sering menjadi litar lumba haram kerana sesebuah lebuhraya direka untuk kelajuan yang tinggi, oleh itu pelumba haram dengan mudah akan memecut sehingga jauh melebihi had laju lebuhraya itu sendiri. Perlumbaan lebuhraya amat popular di Jepun pada satu masa dahulu tetapi kini semakin berkurangan berikutan peningkatan pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lebih ketat.
  • Perlumbaan drift - Perlumbaan drift amat popular di Jepun sebagaimana yang digambarkan di dalam siri manga/anime Initial D serta filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift. Melalui teknik drift, pemandu seakan-akan terbabas seketika sebelum memperoleh kawalan semula. Teknik drift amat sukar untuk dikuasai, tetapi pelumba drift profesional mampu memendekkan masa perjalanan menuruni bukit melalui teknik tersebut.

lumba haram bukan halal

Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba haram sering diadakan di kawasan bandar, luar bandar ataupun di kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan trafik, tetapi biasanya diadakan pada waktu tengah malam. Kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Di Malaysia, menonton perlumbaan haram juga merupakan satu kesalahan kerana akan menggalakkan pelumba haram untuk terus berlumba tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kebanyakan daripada perlumbaan haram yang diadakan di Malaysia adalah melibatkan motosikal dan kereta, namun ada juga kenderaan berat seperti lori dan bas ekspres yang turut mengadakan perlumbaan haram. Kenderaan yang terlibat dalam perlumbaan haram diubahsuai sehingga mencapai kelajuan melebihi 160 km/j dan akibat daripada tiadanya etika pemanduan yang diamalkan, kemalangan jalan raya amat mudah berlaku, selalunya melibatkan kematian.

http://keretadrifmaut.blogspot.com

WIDGET

gua blog.com

moto drift

t.djan drifter

TEKNIK DRIFT DARI JEPUN

polis vs drifter giler

bmw 325 turbo drift

excdent drift

mustang gt vs ae86

jepun drifter terbaik

drift from malaysia

CARA BUAT DONAT

gadis track

drift terbaik

drift terbaik

drift terbaik

drift terbaik

drift terbaik

drift terbaik

drift terbaik

samsung galaxys

Peranti yang dilabelkan dibawah keluarga peranti untuk mengakses internet ini memfokuskan kepada memudahkan para pengguna memainkan video dan audio, selain pada masa yang sama mengakses pelbagai aplikasi dan juga melayari internet dengan mudah.

Seperti telefon pintar mereka, ia turut menggunakan Android, dan dijana menggunakan Android Gingerbread padanya. Cuma berbeza daripada telefon pintar mereka adalah ia tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan. Namun, perkara ini mungkin boleh diatasi dengan aplikasi seperti Skype, Google+ Hangout+, ataupun aplikasi yang dibangunkan tempatan seperti YesLife dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin seluas 4.2-inci WVGA TFT, cip pemprosesan 1.0GHz, kamera 2-megapixel. Ia turut didatangkan dengan kandungan tambahan daripada EA, iaitu permainan eksklusif untuknya.

Apabila ditanya berkenaan bilakah Galaxy S WiFi akan tiba ke Malaysia, Samsung mengatakan mereka mensasarkan pada suku tahun kedua. Namun ia masih lagi pada peringkat perbincangan awal, dan mungkin tarikh tersebut akan berubah kelak.

]]>

angry birds

Angry Birds telah menjadi salah satu permainan yang dikenali hampir semua pengguna peranti pintar seluruh dunia, dan ada yang telah bosan dengannya. Namun, untuk menarik kembali semua pemain, baru dan lama, kini Rovio berusaha mempromosikan sepenuhnya permainan terbaru mereka yang akan dilancarkan pada minggu hadapan, Angry Birds Space.

Setelah beberapa video promosi berkenaan dengan Angry Birds : Space dikeluarkan oleh mereka, hari ini, Rovio memuat-naik video baru ke laman YouTube mereka, mempromosikan watak burung berwarna merah, disamping memperlihatkan permainan ringkas pada Angry Birds : Space.

Melalui Angry Birds : Space, Rovio membawakan permainan baru yang dipengaruhi graviti, dan disasarkan untuk menetapkan sebuah standard permainan baru. Ia bakal dilancarkan secara rasminya pada 22 Mac kelak, selain turut membawakan kandungan eksklusif bersama pihak Samsung, melalui Galaxy Note.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...