Meningkatnya gejala lumba haram adalah berpunca daripada faktor-faktor berikut:-
- Pengaruh rakan sebaya.
- Filem atau drama lumba haram seperti KL Menjerit, Initial D dan siri filem The Fast and the Furious. Walaupun penerbit filem-filem tersebut telah meletakkan amaran agar tidak meniru aksi-aksi lumba haram di dalam filem mereka, namun ramai pelumba haram yang tidak mengendahkan amaran tersebut.
- Novel, cerpen atau komik seperti siri manga Initial D dan Wangan Midnight.
- Majalah kenderaan ubahsuai.
- Permainan video seperti Need for Speed: Underground dan Need for Speed: Most Wanted. Sesetengah judul seperti Need for Speed: Most Wanted turut mengundang kontroversi apabila ia turut menggalakkan pemain memusnahkan kereta polis untuk mendapatkan mata pencapaian.
- Kos untuk mengadakan perlumbaan sah di litar lumba seperti Litar Sepang adalah mahal berbanding lumba haram yang hanya memerlukan wang pertaruhan, duit minyak dan bayaran tol lebuhraya (jika ada).
- Penganjur yang menyediakan hadiah-hadiah, yang terdiri daripada kalangan bookie yang membuat keuntungan dari pertaruhan lumba haram tersebut.
No comments:
Post a Comment