




Peranti yang dilabelkan dibawah keluarga peranti untuk mengakses internet ini memfokuskan kepada memudahkan para pengguna memainkan video dan audio, selain pada masa yang sama mengakses pelbagai aplikasi dan juga melayari internet dengan mudah.
Seperti telefon pintar mereka, ia turut menggunakan Android, dan dijana menggunakan Android Gingerbread padanya. Cuma berbeza daripada telefon pintar mereka adalah ia tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan. Namun, perkara ini mungkin boleh diatasi dengan aplikasi seperti Skype, Google+ Hangout+, ataupun aplikasi yang dibangunkan tempatan seperti YesLife dan sebagainya.
Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin seluas 4.2-inci WVGA TFT, cip pemprosesan 1.0GHz, kamera 2-megapixel. Ia turut didatangkan dengan kandungan tambahan daripada EA, iaitu permainan eksklusif untuknya.
Apabila ditanya berkenaan bilakah Galaxy S WiFi akan tiba ke Malaysia, Samsung mengatakan mereka mensasarkan pada suku tahun kedua. Namun ia masih lagi pada peringkat perbincangan awal, dan mungkin tarikh tersebut akan berubah kelak.
]]>Setelah beberapa video promosi berkenaan dengan Angry Birds : Space dikeluarkan oleh mereka, hari ini, Rovio memuat-naik video baru ke laman YouTube mereka, mempromosikan watak burung berwarna merah, disamping memperlihatkan permainan ringkas pada Angry Birds : Space.
Melalui Angry Birds : Space, Rovio membawakan permainan baru yang dipengaruhi graviti, dan disasarkan untuk menetapkan sebuah standard permainan baru. Ia bakal dilancarkan secara rasminya pada 22 Mac kelak, selain turut membawakan kandungan eksklusif bersama pihak Samsung, melalui Galaxy Note.
No comments:
Post a Comment